Sunday, June 26, 2011

Thursday, June 16, 2011

KRU Fokus Belakang Tabir


TAHUN ini genaplah 19 tahun usia penglibatan KRU dalam industri seni tanah air. Bermula hanya sebagai sebuah kumpulan nyanyian yang diasaskan oleh tiga orang adik-beradik, Norman, Edry dan Yusry Abdul Halim, kini, empayar yang dibina mereka semakin besar.

Tidak hanya berfungsi sebagai syarikat rakaman, tetapi juga KRU kini memiliki beberapa anak syarikat seperti KRU Media Sdn. Bhd. dan KRU Studio. Ibu pejabat yang dulunya terletak di lot tepi daripada deretan rumah kedai di Setiawangsa, Kuala Lumpur kini berpindah ke ibu pejabat di Cyberjaya yang mula beroperasi pada 1 April 2010.

Mengenang kembali perjalanan KRU, Norman memberitahu, jenama KRU bermula dengan modal RM2,000. Ketika itu wang tersebut digunakan untuk menerbitkan album pertama mereka yang berjudul Canggih bersama syarikat rakaman EMI.

"Kejayaan bukan datang bergolek, sepanjang 19 tahun kami dalam industri, bukan sekali dua kami dihambat kontroversi, diuji pelbagai cara sehingga ada di antara kami seperti mahu putus asa. Mujur, kami bukannya rakan kongsi bisnes sahaja tetapi juga kami terikat dengan pertalian darah sebagai adik-beradik.

"Jika ada di antara kami bertiga yang menghadapi masalah dan seperti mahu berputus asa, kami akan saling menyokong. Itu antara formula kenapa KRU kekal bertahan sehingga ke hari ini," ujar Norman lagi.

Bersyukur dengan apa yang dimiliki KRU hari ini, ketiga-tiga mereka tidak menunjukkan tanda-tanda untuk memperlahankan kemaraan mereka dalam bidang bisnes mahupun gelaran mereka sebagai penyanyi.

"Kami baru bermula, banyak lagi perkara yang kami rancangkan belum dilaksanakan lagi. Mungkin sekarang bisnes ini milik kami bertiga tetapi untuk membesarkan lagi perniagaan kami harus menarik pelabur daripada luar.

"Walaupun pada masa depan, empayar perniagaan kami mungkin tidak lagi diuruskan oleh kami atau ahli keluarga, kami tetap berbangga jika jenama KRU terus kekal bukan sahaja di Malaysia tetapi di peringkat global. Kejayaan yang kami peroleh hari ini tidak akan melalaikan kami kerana impian kami mahu menjadi seperti Warner Bros.

"Cuma kini, orang lihat kami seperti tidak aktif, sebenarnya kami semua sibuk dengan kerja masing-masing, Saya sibuk dengan muzik, Yusry dengan filem dan Norman dengan bisnes. KRU masih menyanyi dan keluarkan lagu-lagu baharu tetapi kami sudah bersara daripada buat persembahan pentas," kata Edry sambil dipersetujui oleh Norman dan Yusry.

Bukan tidak mahu membuat persembahan pentas, tetapi kesibukan kerja membataskan mereka untuk melakukan sebuah persembahan pentas seperti zaman kegemilangan mereka.

"Tugas penyanyi menghiburkan orang, dulu peminat boleh jumpa kami di tapak pesta atau karnival, kini mereka boleh dengar lagu-lagu kami hanya di radio atau televisyen menerusi video muzik sahaja.

"Orang ramai tidak tahu, persembahan pentas untuk sebuah mini konsert nampak ringkas tetapi persediaannya mengambil masa berbulan-bulan. Kami harus berlatih dan memantapkan kembali stamina dan itu mengambil masa yang cukup banyak, itu yang kami tidak boleh beri komitmen," jawab Norman.

Justeru itu, fokus kini diberi kepada tugas belakang tabir. KRU menyasarkan untuk menerbitkan enam buah filem serta 18 buah lagu single sehingga penghujung 2012 dengan perolehan kumpulan syarikat melebihi RM30 juta.


Lisa Surihani bukan sahaja bercinta dengan Yusry tetapi turut terbabit dalam filem terbitan KRU, Ular.

Selepas menghasilkan filem Magika dan filem epik, Hikayat Merong Mahawangsa yang menelan modal RM8 juta, terkini KRU bakal menembus pasaran antarabangsa dengan dua buah filem iaitu filem aksi pengembaraan, Vikingdom yang mempertaruhkan pelakon Hollywood, Dominic Purcell yang popular dengan drama bersiri Prison Break dan filem Mission Impossible 2 serta sebuah filem animasi komedi berjudul Ribbit.

"Filem Vikingdom diarahkan oleh Yusry dan dibikin untuk pasaran antarabangsa. Filem ini menelan kos yang tinggi kerana menggunakan pelakon Hollywood. Apa yang boleh saya katakan setakat ini kos filem Vikingdom lebih daripada RM8 juta," dedah Norman.

Selain itu, KRU yang kini berbangga dengan pencapaian filem Karak yang kini masih ditayangkan di pawagam apabila berjaya mengutip RM3.61 juta sejak ia mula ditayangkan pada 26 Mei lalu.

KRU juga bakal muncul dengan filem Cinta Kura-Kura yang akan ditayangkan dalam masa terdekat, filem King Kapchai, Ular dan sebuah filem epik drama muzikal sentuhan Edry yang berjudul 29 Februari.

"Filem 29 Februari sungguh unik dan agak mencabar kerana saya perlu menggambarkan situasi Kuala Lumpur bermula tahun 1886 sehingga ke zaman moden hari ini kerana watak utamanya yang dilakonkan oleh pelakon Remy Ishak itu lambat tua.

"Dia menjadi saksi zaman penjajah di Malaysia dan sehingga Malaysia merdeka dan berjaya seperti hari ini. Sebenarnya ia kisah pencarian cinta yang tidak berkesudahan," kata Edry.

Wednesday, June 8, 2011

Perhubungan matang Yusry dan Lisa



CINTA antara Yusry KRU dan Lisa Surihani bukan lagi rahsia, malah mereka juga enggan menyembunyikan rasa hati dan bunga cinta yang sedang mekar di hati masing-masing daripada pandangan orang ramai. Kini, di mana ada Yusry pastinya kelibat Lisa akan kelihatan, sama juga halnya yang berlaku ketika tayangan perdana filem Karak dan juga terbaru sambutan ulang tahun KRU yang ke-19 yang berlangsung di ibu pejabat KRU di Cyberjaya pada Isnin lalu. Mereka duduk semeja bersama ibu Lisa Surihani dan juga keluarga Yusry yang lain. Sinar mata bahagia yang terpancar menjelaskan mereka dalam lamunan cinta meskipun usia percintaan baru menjangkau angka tiga bulan. Yusry dan Lisa yang ditemui sejurus majlis tamat tidak langsung melarikan diri, malah turut sudi memenuhi permintaan pihak media untuk bergambar berdua buat pertama kalinya dalam satu sesi fotografi segera. Bagaimanapun, Yusry enggan hubungannya dengan Lisa dilabelkan sebagai pasangan kekasih kerana menganggap perhubungan mereka perhubungan yang matang. Ia bukan lagi umpama cinta monyet ketika zaman remaja. "Memang kami berkawan lebih daripada biasa, tetapi saya tidak mahu kami digelar pasangan kekasih kerana perhubungan kami adalah matang. Kalau sebut kekasih, saya rasa seperti cinta monyet atau zaman muda-muda dulu yang pernah saya alami. Lainlah kalau sudah bertunang atau berkahwin. "Apa yang boleh saya cakapkan, saya serius dengan hubungan ini dan kami bercinta cara orang dewasa, bukan lagi seperti orang yang ingin mencuba nasib dalam perhubungan. Kami memang serius," jawab Yusry. Lisa pula yang duduk disebelah Yusry yang sebelum ini sering memberi jawapan selamat mengenai hubungannya dengan Yusry turut mengakui, perhubungannya dengan Yusry adalah lebih daripada kawan biasa dan dia senang ketika bersama Yusry. "Status hubungan itu tidak perlulah nak jelaskan, harap berikan kami ruang sebelum kami boleh berikan jawapan yang konkrit. Sebenarnya bila saya disoal mengenai Yusry sebelum ini, bukan saya tidak mahu menjawab tetapi tidak manis untuk seorang perempuan yang mula bercakap mengenai hubungan, biarlah lelaki yang memulakannya dulu," ujar Lisa. Celah Yusry, apa sahaja kenyataan yang terluncur daripada mulutnya sebelum ini, semuanya telah dibincang terlebih dahulu bersama Lisa. "Sebelum saya keluarkan kenyataan, kami berbincang terlebih dahulu dan apa sahaja yang saya katakan sebelum ini hasil perbincangan saya dengannya," kata Yusry. Apabila disoal sejauh mana hubungan mereka kini, jawab Yusry, mereka berdua telah mengenali keluarga masing-masing, sungguhpun begitu masih terlalu awal untuk menjangkakan pengakhiran pada hubungan mereka. “Kami berdua umpama hidup di bawah mikroskop, ke mana sahaja kami pergi dan lakukan, akan menjadi bahan perhatian bualan, kami terima kerana itu jalan hidup yang kami pilih. Sebagai manusia saya sendiri tidak tahu sejauh mana, hubungan kami boleh pergi.
YUSRY dan Lisa tidak menyorokkan rasa hati mereka kepada umum.
“Kami dalam proses mengenal hati budi, tetapi orang sudah bertanya bila nak bertunang dan berkahwin. Mana saya boleh jawab kerana saya sendiri tidak pasti sejauh mana hubungan kami boleh pergi. “Saya pun tidak mahu bercakap lebih-lebih kerana biasanya tiga bulan pertama dalam hubungan semuanya indah-indah belaka, jika hubungan kami tidak menjadi, yang jadi mangsanya adalah kami berdua. Sebab itu saya perlu berjaga-jaga dengan apa yang saya perkatakan," luah Yusry lagi. Lisa juga bersetuju dengan pendapat Yusry. Dia juga enggan menghebohkan hubungan mereka kerana sedar mereka baru sahaja dalam peringkat awal hubungan. Malah, jika terlalu banyak cerita cinta mereka disiarkan di media, Lisa bimbang akan wujud persepsi orang ramai kepadanya. “Saya kalau boleh tidak mahu heboh-heboh, nanti orang cakap apa pula sedangkan kamu baru sahaja berkawan. Tetapi saya hormati pihak media yang bertanya, jadi saya hanya jawab yang termampu. Kami tidak mahu jadi hipokrit,” kata Lisa. Jika tiada apa-apa yang pasti, masakan Lisa sering berdampingan dengan adik bongsu trio KRU itu ke mana sahaja dia pergi terutamanya di majlis yang melibatkan syarikat KRU. Tersipu-sipu untuk menjawab, Lisa diselamatkan oleh Yusry yang berkata: “Kehadiran Lisa umpama dia seorang kakitangan MIG yang menyokong kerja saya, seorang kakitangan KRU." Tarikan Yusry buat Lisa Mula berkomunikasi menerusi BBM (BlackBerry Messenger) selama setahun sebelum bersua muka kerana satu perjumpaan untuk filem Ular yang turut melibatkan Lisa mendekatkan lagi mereka berdua. Kata Lisa malu-malu, pada mulanya dia menyangka, Yusry seorang lelaki yang sombong. Bagaimanapun setelah mengenai Yusry dengan lebih dekat ternyata sangkaannya itu meleset sama sekali. "Dia seorang yang merendah diri dan senang berbincang. Sebab itu usia bukanlah menjadi penghalang buat kami. Kami selesa menjadi diri sendiri ketika bertemu, dia tidak perlu menjadi muda untuk saya, dan saya tidak perlu berlagak seperti wanita yang lebih berusia ketika bersama dia," tutur Lisa yang kini berusia 25 tahun, manakala Yusry berusia 37 tahun. Yusry juga menyenangi sikap Lisa yang tidak hipokrit dan bijak membawa diri dalam apa jua keadaan sekali pun. Kata Yusry, ketika mula-mula keluar, mereka keluar bertiga iaitu bersama ibu Lisa, tetapi kini mereka sudah selesa untuk keluar berdua sahaja.
LISA dan Yusry baru tiga bulan bercinta. Mereka enggan meletak sasaran untuk berkahwin, sebaliknya membiarkan hubungan mereka berjalan secara semula jadi.
"Ya, kami macam pasangan yang lain juga, kami suka menonton wayang dan habiskan waktu yang terluang bersama. Mula-mula dulu, ibu Lisa akan teman dia tetapi sekarang kami sudah mula keluar berdua," jawab Yusry dengan jujur. Sambung Lisa dan Yusry lagi, buat masa ini biarlah hubungan mereka berjalan seperti pasangan yang lain, tiada sebarang paksaan untuk mempercepatkan segala perancangan. “Biarlah hubungan kami ini terjadi dan terikat secara semula jadi,” kata Yusry. Ular Pasti ada banyak mulut yang mempertikaikan penglibatan Lisa dalam filem terbaru terbitan KRU yang berjudul Ular. Mungkin ada yang berkata kerana hubungan Lisa dan Yusry, dia dipilih untuk terlibat dalam projek terbitan KRU. Lisa yang turut menyedari situasi itu menjawab, segala perjanjian untuk filem arahan Johan Lucas itu terjadi sebelum timbulnya gosip cinta antara mereka. “Perjanjian untuk berlakon dalam filem Ular terjadi sebelum kami rapat, jadi tidak ada kena mengena hubungan kami dengan kerja saya. Apabila tiba bab kerja, semuanya profesional. “Walaupun saya berkawan dengan Yusry, tidak bermakna saya akan diberikan banyak tawaran lakonan daripada KRU. Tawaran lakonan dibuat menerusi pihak KRU dan pihak pengurusan saya iaitu MIG, saya langsung tidak campur tangan," jawab Lisa.

X - Factor Kembali


Keratan Akbar Harian Metro

KETIKA lima anak muda ini disatukan dalam kumpulan yang dinamakan X-Factor, semuanya masih muda remaja. Belum mengerti sepak terajang dunia seni, mereka hanya tahu mahu menjadi penyanyi. Syed Affendi Syed Ibrahim (Fendi), Zachery Francis Ubu (Zack), Iwan Shah Azhar (Shah), Mohd Kardanie Anwa (Danny) dan James Vernon Burge (Ivarn) adalah kumpulan penyanyi lelaki pertama yang dilahirkan oleh KRU Records. Masa berlalu, Fendi dan Ivarn pergi meninggalkan Zack, Danny dan Shah. Ivarn, kemudiannya memeluk agama Islam dengan menukar namanya kepada Hafiz. X-Factor pernah popular dengan lagu Sehangat Api, 7231564, Sehingga Ke Akhir Hayatku, Kau Tetap Nombor Satu, Masih Mencari dan Tiada Sesempurnamu.

Berkuburnya kumpulan itu pada 2003, mereka membawa haluan masing-masing di mana Zack menukar kerjanya kepada lakonan, Danny terbang di langit biru sebagai pramugara dan Shah pula bersama isteri, Sharifah Fairuz Al-Jamalullai, membina hidup baru di Australia. Mereka bertiga masih akrab namun ketika itu belum ada usaha untuk 'menghidupkan' semula X-Factor. Apabila Shah kembali menetap semula di tanah air pada 2009, membuak semula perasaan mereka untuk tampil menghiasi pentas nyanyian. Menerusi syarikat milik isteri Shah, Fayrusha Entertainment, mereka kini hadir dengan single berjudul Aura Membara, lagu ciptaan Kozac. Mereka juga baru menyiapkan klip video lagu itu yang dirakamkan di Clark Hatch Fitness Centre terletak di Cap Square , Jalan Bukit Bintang dan Damansara.
Ketika di temui di lokasi penggambaran klip video itu, Danny, Zack dan Shah kelihatan begitu bersemangat. Walaupun hanya menggunakan bajet kecil, mereka tetap mahu melakukan yang terbaik khusus untuk peminat yang amat merindui kelibat mereka sebagai satu kumpulan yang diminati ramai hampir lapan tahun lalu. Menurut Danny, mereka 'menguji' peminat menerusi laman Facebook sama ada X-Factor masih diingati atau tidak.

"Respon yang diterima cukup baik, itu yang membuatkan kami terfikir semula untuk merakamkan single. Shah yang paling berkobar-kobar kerana dia yang lama menetap di Australia mahu kembali menyertai dunia seni. Saya dan Zack walaupun tidak menyanyi tetapi kami masih aktif sebagai pelakon dan pengacara. "Saranan Shah itu kami sambut dengan hati terbuka dan lama juga kami merancang. Pun begitu dek kerana masing-masing sibuk, baru sekarang kami dapat merakamkan single ini. Bajet tak besar namun semangat dan keyakinan yang tinggi menjadikan impian ini satu kenyataan. Untuk menghasilkan klip video ini pun, kami menggunakan khidmat kawan-kawan. "Kami menggunakan kamera 5D Canon Mark 11 dan tanpa bantuan peralatan tambahan yang lain. Hanya menggunakan cahaya semula jadi. Kami menggunakan dua bakat baru untuk menceritakan jalan cerita lagu itu - Danish Zakwan dan Noi Zulhijjah. "Muzik sekarang pun sudah banyak berubah, lantaran itu konsep lagu ini juga lebih condong ke arah K-Pop yang menjadi kegilaan pendengar muda hari ini. Kami turut menamakan projek ini sebagai Projek X," katanya.

Zack pula berkata, sekian lama tidak merakamkan, rasa kekok memang ada. "Tak sempat hendak berlatih vokal kerana saya sentiasa sibuk di lokasi penggambaran. Masa di studio, kami asah semula suara yang hampir 'berkarat' ini. Lagu ini mengisahkan si dia mencari kekasihnya yang lama menghilang. "Trend sekarang, penyanyi keluarkan single saja kerana buat album penuh pun tak laku. Dengan adanya lagu baru ini, kami sudah bersedia untuk bergerak semula bertemu peminat. KRU pun tidak pernah menghalang kami untuk terus menggunakan nama X-Factor dan menyanyikan lagu dalam semua album terdahulu. "Kenalah saya menyusun semula jadual berlakon untuk membuat persembahan bersama X-Factor. Senaman pun terpaksa digiatkan lagi untuk menambahkan stamina," katanya. Shah juga tidak sabar semula untuk beraksi depan peminat. Katanya, walaupun selepas X-Factor dibubarkan dan dia menetap di perantauan namun sukar baginya untuk melupakan bidang nyanyian begitu saja. "X-Factor masih ada peminat dan mereka pun teringin hendak melihat persembahan kami bertiga. Namun hati tetap berdebar, apakah kami boleh menyanyi dan menari sebaik dulu kerana masing-masing semakin berusia. Dulu masa mula kumpulan ini ditubuhkan Danny baru 19 tahun, Zack pula 21 tahun dan saya sendiri 20 tahun," katanya.



Video Part 1




Video Part 2



Video Part 3





Terus Menyokong X-Factor !!!!! untuk terus kehadapan!!!

Monday, June 6, 2011

Kadang kita fikir kita tidak memilikinya dan pada hakikatnya kita memilikinya..
pernah terfikir sejenak bersunggunya kita mengharapkan dirinya datang rupanya jauh dia pergi..tapi pada hakikat ganti orang lain bersungguh mengaharap kita datang kepadanya...tetapi kita jauh pula pergi..

Pandangan kita kepada orang lain...sekali kita berasa sakit hati tentang sesuatu hal mungkin juga ia menyakitkan hati orang lain...

Kadang kata-kata yang diluahkan menyulut perselisihan...timbul rasa marah..walau pada hakikatnya tiada maksud dalam bicara mungkin sekadar luahan yang hanya tiada niat..bahayanya boleh menghancurkan kehidupan dalam persahabatan..Kata "MAAFKAN SAYA" yang hanya dapat memulihkan kehancuran..Meredakan ketegangan itulah kata cinta yang dapat meradakan hati manusia dunia...

Orang yang bahagia tidak semestinya memiliki hal-hal yang terbaik..hanya jika mereka berusaha untuk mencari sesuatu yang terbaik dan menjadikan sesuatu itu yang terbaik...

Masa depan yang cerah adalah melalui kegelapan lalu...kerana kegagalan..kesedihan lalu yang membuatkan kita berusaha mencapai kejayaan...dan kegembiraan hari ini...
Salam...
Dah lama x update bloq banyak masalah yang x dapat dielakkan mungkin masalah ini dapat dikias kan dengan kata-kata manis atau yang menyakitkan hati...tp masalah ini bukan masalah cinta...hanya datang dari dalam kotak fikiran aku yang asyik memikirkan masalah dunia yang sengaja aku babitkan dalam diri aku ini...tapi tidak perlu aku risau masalah itu semua sebenarnya bukanlah satu masalah yang memberi bebanan yang berat pada aku...kerana penyelesaiannya ada klu dengan caranya...Alhamdulillah..