Thursday, May 13, 2010

Diari Sebagai Teman










Episode 2


Petang ini aku berjanji dengan Ain mahu ke Butik Pengantin untuk memilih pakaian dan pelamin. Ain akan kahwin 26 Jun ini banyak persediaan yang perlu dibuat. Kebetulan pula pemilik kedai itu adalah ibu sahabat aku yang sudah hampir 9 tahun aku tidak jumpa. Semasa sibuk berbual terfikir pula si piano_hitam, rasanya seperti ingin berjumpanya. Aku cuba menghantar ‘SMS’ kepadanya untuk mengajak dia keluar minum. Tidak aku sangka ajakan aku diterima dia sudi keluar dengan aku kali pertama dan jantung aku berdebar-debar untuk berjumpanya pada saat itu. Ketika itu pula, hujan turun dengan lebat, aku dan Ain pula menaiki motosikal ketika itu. Dia mencadangkan aku menaiki kereta bersamanya. Aku dan Ain bersetuju dan menunggu ketibaanya. Puas aku menanti didalam hujan menunggu kedatangannya. Aku cuba menjadi penunjuk arah kepadanya kerana dia tidak tahu jalan dan ini adalah kali pertama dia menjejak kaki di Pulau Pinang. Geli hati rasanya ketika itu kerana apabila aku tunjuk jalan yang salah. Teruk aku dibeleter. Sudah aku katakan padanya yang aku tidak mahu menyusahkannya, tetapi dia berkeras mahu mengambil aku dan Ain. Setelah puas aku menujuk arah kepada dia akhirnya kami berjumpa. Ada satu kejadian yang menggeli hati ketika it aku salah dengar atau dia sengaja bergurau dia kata dia menaiki kereta putih tetapi bila kami jengok kekereta putih itu tiada orang didalamnya rupanya dia di kereta merah nombor pendaftara aku tidak ingat yang aku tahu JLY. Itulah kali pertama kami berjuma menaiki keretanya menuju ke Pak Husin Tomyam. Dia memesan kueytiaw, aku pula nasi goreng ayam merah manakala ain pula nasi putih dan tomyam. Kami mengambil malam itu sebagai kenagan yang pertama dan mengisinya dengan baik. Apabila didalam perjalan pulang aku bertanya kepada Ain, adakah aku akan berjumpanya lagi? Dan adakah dia akan menghubungi aku lagi? Dan akhirnya persosalan itu terjawab apabila dia menghantar ‘SMS’ kepada ku. Hanya Allah S.W.T sahaja yang tahu bertapa aku bersyukur kerana dia masih menguhubungi aku walaupun sekada pesanan ringkas. Setiap malam kami berhubung samada melalui telifon ataupun ‘SMS’. Sehingga pada satu malam ketika aku di sebuah hotel di Alor Star ketika itu terpaksa bekerja diluar dari Pulau Pinang dia menelifon aku. Setiap baris bicara yang dikeluarkan dari mulutnya sangat aku terpegun sehingga aku lalai mendengar suaranya…setiap baris nasihat yang diberikan membuatkan aku berasa suatu perasan yang sudah lama tidak aku rasai ketika itu, iaitu perasaan cinta. Walaupun pada masa yang singkat, aku rasakan sudah lama mengenali dia. Setiap baris bicaranya setitis air amata aku mengalir. Aku tidak tahu mengapa air mata aku mengalir deras ketika itu, aku sepuasnya aku menyembunyikan dari pengetahuan dia supaya tidak dia sedari. Sejak malam itu hati aku melekat namanya.

Diari Sebagai Teman


Episode 1



Hari menghabiskan masa yang membosan dipejabat dengan melayari internet di pejabat memang satu sikap yang tidak perlu di ikut. Tapi aku terlalu bosan jadi aku teruskan saja, lagipun kerja aku sudah habis. Aku sibuk melayari ruang bual ‘yahoo masangger’ berbual dengan rakan-rakan yang hanya aku kenal di dalam laman bual itu, Cuma ada beberapa orang sahaja yang aku kenal itu pun, kawan sekoalah aku. Sedang asyik aku melayari tiba-tiba muncul seorang yang bernama Aminuramain Suhaimi a.k.a piano_hitam seorang yang apabila aku berbual dengannya aku sentiasa berasa geram kerana dia sering merahsiakan sesuatu yang aku ingin tahu. Dia berasak dari Johor. Pelik juga hari ini kerana dia meminta email aku katanya mahu add ‘facebook’ aku tidak banyak tanya terus memenuhi pemintaannya. Selang seminit dia meminta aku membuka ‘facebook’ katanya gambarnya ada disitu. Aku dengan penuh teruja terus membukanya dan melihat gmbarnya. Akhirnya pertanyaan dan kehendakku menjadi kenyataan. Tapi, aku tertanya-tanya mengapa tiba-tiba dia memberi aku melihat gambarnya? Aku terus kembali ke laman bual dan bertanya. Sebaris ayat membuatkan aku tersentap dan penuh teruja, “Intan saya akan bekerja di Penang”. Katanya. Aku tidak sangka dan terfikir langsung yang dia akan berkata begitu.

Hari demi hari aku menunggu saat dia tiba di Pulau Mutiara ini, setiap hari kami berhubung menanti kedatangan dia. Sehingga tiba masanya pada hari Selasa dia tiba bersama adik dan ibunya, tapi hampa pada saat itu, janji yang aku ingin tepati tidak dapat aku tunaikan. Aku terpaksa ke Perlis kerana ada urusan kerja. Tetapi aku gembira kerana dia selamat sampai, dan saat yang aku nantikan datang. Tidak sabar-sabar aku ingin pulang ke Pulau Pinang. Katanya rumah tempat dia menyewa bertempat di Gelugor. Serba salah rasanya ketika itu, kerana apa yang aku janjikan tidak aku tepati. Akan aku tebuskan kesilapan ni.