ASSALAMULAIKUM
Baru-baru ni Intan
menyertai satu Program Anjuran Pelajar Semester 1 Sesi Februari iaitu Program
Bakti Siswa di Kampung Suluk, Teluk Kumbar Pulau Pinang....
Seronok sangat aktiviti
tu.....Lebih kurang 15 buah keluarga mengambil 2 orang anak angkat dikalangan
para pelajar yang menyertai program ni.....kami disambut dengan paluan kompang
dari pelajar SMK Teluk Kumbar 2 serta iringan orang kampung yang sangat meriah
dan buat kami rasa terharu dan teruja...
Kami dipenuhi dengan
pelbagai aktiviti selama 3 hari 2 malam antaranya...
- Jamuan/Kenduri serta bergotong royong masak beramai2...(budak zaman sekarang mana rasa masak kenduri bergotong royong sume pakai oder jee.....tapi kali ni memang rasa puas sangat dapat bergotong royong..
- Pada sebelah malam kami bersama orang2 kampung beramai ke dewan SMK Teluk Kumbar 2 saling berhibur dengan pelbagai persembahan dari Para Pelajar Kolej dan Pelajar SMK Teluk Kumbar meriah sangat malam tu...
- Keesokan harinya aktiviti berjalan mengelilingi kampung diadakan....kira pusing2 kampung la mcm zaman masa kecil2 dulu.....
- Tengahari masing2 buat hal masing2 bersama keluarga angkat..ada yang pergi berkelah di tepi laut ada yang makan tangahari bersama keluarga...
- Petangnya ada sukan bersama belia2 kampung...antaranya Bola Sepak, Ping Pong, Sahiba...tapi yang paling meriah sekali tentula Bola Sepak pakat2 sorak yang penting kami menang k...
- Malam pula Majlis Penutup adalah persembahan dari Pelajar bermain kerusi berirama..dan upacara memotong kek..
- Keesokan harinya aktiviti bebas bersama keluarga angkat dan bergambar beramai2 sebelum berpisah...
Jom Intan kongsikan keseronokan Intan dalam beberapa keping gambar...
Paluan Kompang adik2 SMK Teluk Kumbar 2
Bersamalaman dengan Mak Angkat masing2
Sarapan Pagi Sebelum Ronda2 Kampung
Senaman dulu regang2kan otot....
Semangat Sungguh diorang ni kan...
Gambar Kesuakaan Intan
Rajinnya anak2 dara...
Anak Teruna apa kurangnya...
Tambah bubur banyak2 sikit..
Berniat nak potong rambut budak ni...
Hero Kampung..
Family Angkat Intan
Upacara potong KEK
Suap Menyuap
Sedih nak tinggal Keluarga Angkat walaupun baru berjumpa 3 hari...
No comments:
Post a Comment