Thursday, November 24, 2011

KRU studios menerusi filem epik, Hikayat Merong Mahawangsa berjaya menggondol tiga anugerah di Malam Anugerah Gemilang Cipta Festival Filem Malaysia (FFM24) yang telah pun berlangsung pada 16 November lepas di Panggung Aniversari


, Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur.

Daripada sepuluh kategori yang dipertandingkan, KRU Studios menguasai kategori Poster Terbaik, Kesan Visual Terbaik dan Lagu Tema Asal Terbaik m

enerusi lagu Sedetik Lebih nyanyian Anuar Zain.

Selain itu, pelakon filem Cun!, Nadiya Nisa terus mendapat pengiktirafan apabila merangkul Pelakon Harapan Wanita Terbaik selepas memenangi kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem di Anugerah Skrin 2011 menerusi

filem sama.

Malam kemuncak Festival Filem Malaysia (FFM24) dijangka akan berlangsung pada 20 November ini di Pusat Konvensyen Putrajaya.



Berikut adalah senarai penuh pemenang Anugerah Gemilang Cipta FFM24;


Poster Filem Terbaik - Hikayat Merong Mahawangsa (KRU Studios) Kesan Khas Visual Terbaik - Hikayat Merong Mahawangsa (KRU STUDIOS) Pelakon Kanak Kanak Terbaik - Mia Sara Nasuha - Sekali Lagi (Metrowealth Pictures) Pelakon Harapan Lelaki Terbaik - Taiyuddin Bakar - Hantu Bonceng (Excellent Pictures) Pelakon Harapan Wanita Terbaik - Nadiya Nisa - Cun! (Tayangan Unggul) Lagu Tema Asal terbaik - Edry Abdul Halim - Sedetik Lebih (KRU Studios) Pengarah Harapan - Jurey Latiff Rosli - Libas (MDAG Marketing) Filem Pendek terbaik - The Other One (Ng Ken Kin) Filem Animasi terbaik - Altitude Alto (Mushroom Head - Multimedia University) Filem Cereka Bukan Bahasa Melayu Terbaik - Great Day (Woohoo Pictures Sdn Bhd)

No comments:

Post a Comment