Thursday, May 13, 2010

Diari Sebagai Teman


Episode 1



Hari menghabiskan masa yang membosan dipejabat dengan melayari internet di pejabat memang satu sikap yang tidak perlu di ikut. Tapi aku terlalu bosan jadi aku teruskan saja, lagipun kerja aku sudah habis. Aku sibuk melayari ruang bual ‘yahoo masangger’ berbual dengan rakan-rakan yang hanya aku kenal di dalam laman bual itu, Cuma ada beberapa orang sahaja yang aku kenal itu pun, kawan sekoalah aku. Sedang asyik aku melayari tiba-tiba muncul seorang yang bernama Aminuramain Suhaimi a.k.a piano_hitam seorang yang apabila aku berbual dengannya aku sentiasa berasa geram kerana dia sering merahsiakan sesuatu yang aku ingin tahu. Dia berasak dari Johor. Pelik juga hari ini kerana dia meminta email aku katanya mahu add ‘facebook’ aku tidak banyak tanya terus memenuhi pemintaannya. Selang seminit dia meminta aku membuka ‘facebook’ katanya gambarnya ada disitu. Aku dengan penuh teruja terus membukanya dan melihat gmbarnya. Akhirnya pertanyaan dan kehendakku menjadi kenyataan. Tapi, aku tertanya-tanya mengapa tiba-tiba dia memberi aku melihat gambarnya? Aku terus kembali ke laman bual dan bertanya. Sebaris ayat membuatkan aku tersentap dan penuh teruja, “Intan saya akan bekerja di Penang”. Katanya. Aku tidak sangka dan terfikir langsung yang dia akan berkata begitu.

Hari demi hari aku menunggu saat dia tiba di Pulau Mutiara ini, setiap hari kami berhubung menanti kedatangan dia. Sehingga tiba masanya pada hari Selasa dia tiba bersama adik dan ibunya, tapi hampa pada saat itu, janji yang aku ingin tepati tidak dapat aku tunaikan. Aku terpaksa ke Perlis kerana ada urusan kerja. Tetapi aku gembira kerana dia selamat sampai, dan saat yang aku nantikan datang. Tidak sabar-sabar aku ingin pulang ke Pulau Pinang. Katanya rumah tempat dia menyewa bertempat di Gelugor. Serba salah rasanya ketika itu, kerana apa yang aku janjikan tidak aku tepati. Akan aku tebuskan kesilapan ni.

1 comment: