Thursday, February 7, 2013

ULTIMATE FRISBEE

Assalamulaikum

Sebenarnya benda ni dah lama tapi baru je teringat nak update (terlupa) hahahahha.....aku nak cerita satu permainan yang aku baru belajar...permainan ini didatangkan khas dari sahabat yang datang dari Amarika... diorng ni ada club yang menguruskan permainan ini di Malaysia... Nama permainan ini adalah FRISBEE atau dikenali sebagai permainan cakera....alaaaa korang pernah x tngok mat saleh main baling piring terbang kat anjing tu...ha ini laa... kini permainan ini telah dimainkan beramai2 cara permainan n peraturannya lebih kurang mcm bola jaring atau ragbi...jom aku kongsi serba sedikit memori yang aku sempat ambik....















Tuesday, January 29, 2013

SELAMAT PENGANTIN BARU LYDIA & AZIM

Assalamualaikum,

Baru2 ni aku pergi ke sebuah majlis perkahwinan seorang kawan di Setia Perl Island, Penang pengalaman yang aku alami masa tu aku dan 5 yang lain kena jadi Flower Girl hahaha.....terasa muda pula masa tu....
seronok juga sbab pada masa yang sama dapat memeriahkan majlis...Bab memeriahkan majlis ni memang aku suka...heee...

so inilah serba sedikit gambar yang aku leh kongsikan sebagai kenangan....






Assalamualaikum

Aku sekadar nak meluahakan tentang diri yang kadang-kadang aku terfikir dan kadang aku lupe buat aku sering melakukannya dan sikap ini x boleh langsung nk dihentikan sbb dah rasanya dah sebati dengan diri aku....kadang aku pun rasa meluat sangat...hahhaha....

Antaranya
1. Sering bersemangat untuk membuat keputusan tapi bila tiba masa keputusan itu dibuat aku x semangat sampai satu tahap keputusan tidak dibuat dan sia2.... padahal keputusan yang aku perlu buat itu sangat penting dan untuk kebaikan aku juga...haih!!!! entahlah susah nk kikis perangai mcm ni....harap sapa leh bagi nasihat kat aku sikit....

2. Kalau membeli suke beli x ikut kepentingan sama ada benda tu perlu atau tidak bila dah beli menyesal pulak rasanya...hahahahah...ada x cadangan?

Sooo....ini antara yang aku kongsi hari ni klu ada sape2 yang dapat bagi pendapat dan mungkin korang pun ada sikap diri lain yang korang rasa nak kongsi...silakan....


Wassalam...

Thursday, June 21, 2012

KATA-KATA HIKMAH

Disini saya ingin berkongsi dangan kawan-kawan mengenai KATA-KATA HIKMAH..ini bukan sahaja untuk anda tetapi untuk diri saya juga...manusia tidak dijadikan sempurnya tetapi dijadikan untuk bersykur dengan apa yang diberikan oleh Allah S.W.T jadi hargailah dengan apa yang ada bersykurlah dengan apa yang dikurniakan. Mari kita baca dan renung KATA-KATA HIKMAH yang saya petik dari beberapa blog Sahabat-sahabat.

1) Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam  buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami. 

2) Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum. 

3) Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang. Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga. 

4) Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji."

5) "Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan"

6) "Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, Sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan."

 7) "Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula kepada Ilahi."

8) "Jadikan sebagai aturan hidup untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan, pasti akan menghasil kecemerlangan

9) Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda  tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis. 

10) Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat.

11) Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang.

Sumber: KOLEKSI KATA-KATA HIKMAH

Amekaw!!! Gegar ICT

Pada 28 dan 29 April hari tu Island College of Technology, Sungai Rusa, Balik Pulau Tempat aku mencari rezeki berlangsungnya program TV "AMEKAW" kesinambungan cerita "BANG BANG BOM" erm meriah betul hari tu dengan aku sekali terjebak masuk sukan AMEKAW banyak peristiwa menarik yang terjadi mase tu seronok sangat...mungkin agak lambat untuk dikongsikan keseronokan ini tapi korang still boleh nampak kemeriahannya...selamat merenung heeeee......



































Sunday, March 11, 2012

Ubat Hati

Berkata seorang ulama, Ibrahim Al-Khawas RA: “ Sesungguhnya ubat hati itu ada lima perkara, maka ubatilah hati kamu dengan lima perkara tersebut. Pertamanya, bacalah Al-Quran dengan menghayati isi kandunganya. Kedua, mengosongkan perut dari terlalu kenyang atau berpuasa. Ketiga, bangun ( beribadat ) di waktu malam. Keempat, menghampirkan diri kepada Allah ( beribadat ) disepertiga malam dan yang kelimanya, sentiasa bersama-sama di dalam majlis orang-orang yang soleh ”.

Sesungguhnya manusia diciptakan oleh Allah dengan sebaik-baik penciptaan. Bermulanya dengan setitik air yang hina sehinggalah bergelar seorang insan bernama manusia. Diberikan pula berbagai-bagai nikmat yang tak ternilai banyaknya tanpa mengira siapa kita. Namun, kita sering lalai dan lupa untuk mensyukuri di atas anugerah yang dikurniakan, bahkan kita masih lagi berlumba-lumba mengejar kemewahan yang bersifat sementara itu.

Nikmat yang paling berharga dikurniakan kepada manusia ialah nikmat hati, yang merupakan raja segala gerak-geri dan tingkah-laku yang dipertontonkan oleh manusia. Hati yang diciptakan Allah semulia-mulia kejadian, di situlah akal manusia, di situlah buruk, baik, sihat, lemah manusia, di situlah segala-galanya.

Benarlah apa yang diucapkan oleh Rasulullah SAW: “ Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging, jika sekiranya baik daging itu, maka baiklah seluruh diri manusia itu. Jika sekiranya buruk daging itu, maka buruklah seluruh diri manusia itu. Ketahuilah, bahawa ia adalah hati ”.

Hatilah punca segala-galanya. Jika tidak berpunca dari hati yang kotor, manusia tidak akan melakukan maksiat terhadap penciptanya. Namun, kita sentiasa tidak menghiraukan gelagat hati kita. Kita sering biarkan hati kita dikotori titik-titik hitam dan dihinggapi berbagai-bagai penyakit yang menjijikan. Lantas, hasilnya segala gerak-geri yang dipertontonkan melencong dari jalan yang dikehendaki Allah SWT.“

Al-Quran yang diturunkan kepada kita melalui insan agung SAW merupakan mukjizat yang tidak ada tolak bandingnya, bahkan ia juga sebagai ubat bagi mengubati hati yang berpenyakit. Dengan kita melazimi membacanya dan mentadabbur apa yang terkandung di dalamnya, akan memperolehi ketenangan hati yang akan menyebabkan hati sentiasa tidak lalai mengingati Allah SWT. Firman Allah SWT yang bermaksud: “ketahuilah, dengan mengingati Allah itu, hati akan tenang”.

Begitu juga dengan mengosongkan perut dari terlalu kenyang akan mengubati segala penyakit yang tersemat dihati kerana dengannya hati akan beroleh kerehatan dan meringankan untuk melakukan ibadat kepada Allah SWT serta menjauhkan dari segala penyakit yang memudaratkan. Rasulullah SAW pernah bersabda: “Barangsiapa yang sedikit makannya, sihatlah perutnya dan bersihlah hatinya. Barangsiapa yang banyak makannya, maka sakitlah perutnya dan keraslah hatinya”.

Sabda Rasulullah SAW lagi: “ janganlah kamu matikan hati kamu dengan membanyakan makan dan minum, sesungguhnya hati itu seumpama tumbuh-tumbuhan, jika banyak disirami air maka ia akan mati ”.

Seterusnya, diantara ubat bagi mengubati hati ialah dengan sentiasa bagun malam beribadat kepada Allah SWT kerana dengannya akan menjauhkan diri kita dari tipu daya syaitan dan menjauhkan dari melakukan dosa serta mendapat keredhoan dari Allah SWT. Rasulullah SAW sentiasa mengingati ummatnya: “ hendaklah kamu bangun malam ( beribadat ) walaupun hanya mengerjakan satu rakaat sembahyang ”.

Oleh itu, bagi memastikan hati kita dalam keadaan sentiasa bersih dari segala penyakit, hendaklah kita melazimi dengan membanyakan beribadat kepada Allah disepertiga malam kerana waktu itulah Allah SWT turun ke langit dunia bagi melihat siapa diantara hambanya yang berjaga malam, beribadat kepadanya.

Begitu juga, hati akan terubat dari segala penyakit dengan sentiasa bersama-sama di dalam majlis orang-orang yang soleh. Ini akan menyebabkan sedikit sebanyak akan terikut dengan tingkah laku, perbuatan dan percakapan mereka yang sentiasa mengingati Allah SWT. Sesungguhnya Rasulullah SAW pernah bersabda: “ Berkata Luqman Al-Hakim kepada anaknya, wahai anakku, sentiasalah kamu berada dalam majlis alim ulama ( orang-orang yang soleh ) dan dengarlah kata-kata hikmah dari mereka. Sesungguhnya Allah SWT akan menghidupkan hati yang mati dengan cahaya hikmah sebagaimana Allah menghidupkan bumi dengan siraman hujan yang lebat ”.

Berkata seorang hukama’ : “ Sesungguhnya Allah SWT mempunyai sebuah kebun di atas dunia ini, barangsiapa yang masuk ke dalamnya maka bahagialah hidupnya. Kemudian ditanya padanya: “apakah kebun itu?, lantas dijawab bahawa kebun itu adalah majlis-majlis ilmu ( mengingati Allah ).

Begitulah di antara penawar-penawar yang digariskan oleh ulama bagi mengubati hati-hati kita dari segala penyakit yang menyebabkan gerak geri yang dipertontonkan oleh kita melencong ke arah kemurkaan Allah SWT. Mudah - mudahan kita digolongkan dikalangan hamba-hambanya yang sentiasa dalam keadaan hati bersih dari segala penyakit-penyakit yang menyebabkan kita lalai mengingati Allah SWT.

Petikan Diambil Dari:

Mohd Haris b. Hairun Paezi

26 Jun 2008