Thursday, June 21, 2012

KATA-KATA HIKMAH

Disini saya ingin berkongsi dangan kawan-kawan mengenai KATA-KATA HIKMAH..ini bukan sahaja untuk anda tetapi untuk diri saya juga...manusia tidak dijadikan sempurnya tetapi dijadikan untuk bersykur dengan apa yang diberikan oleh Allah S.W.T jadi hargailah dengan apa yang ada bersykurlah dengan apa yang dikurniakan. Mari kita baca dan renung KATA-KATA HIKMAH yang saya petik dari beberapa blog Sahabat-sahabat.

1) Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam  buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami. 

2) Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum. 

3) Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang. Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga. 

4) Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji."

5) "Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan"

6) "Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, Sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan."

 7) "Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula kepada Ilahi."

8) "Jadikan sebagai aturan hidup untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan, pasti akan menghasil kecemerlangan

9) Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda  tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis. 

10) Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat.

11) Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang.

Sumber: KOLEKSI KATA-KATA HIKMAH

Amekaw!!! Gegar ICT

Pada 28 dan 29 April hari tu Island College of Technology, Sungai Rusa, Balik Pulau Tempat aku mencari rezeki berlangsungnya program TV "AMEKAW" kesinambungan cerita "BANG BANG BOM" erm meriah betul hari tu dengan aku sekali terjebak masuk sukan AMEKAW banyak peristiwa menarik yang terjadi mase tu seronok sangat...mungkin agak lambat untuk dikongsikan keseronokan ini tapi korang still boleh nampak kemeriahannya...selamat merenung heeeee......



































Sunday, March 11, 2012

Ubat Hati

Berkata seorang ulama, Ibrahim Al-Khawas RA: “ Sesungguhnya ubat hati itu ada lima perkara, maka ubatilah hati kamu dengan lima perkara tersebut. Pertamanya, bacalah Al-Quran dengan menghayati isi kandunganya. Kedua, mengosongkan perut dari terlalu kenyang atau berpuasa. Ketiga, bangun ( beribadat ) di waktu malam. Keempat, menghampirkan diri kepada Allah ( beribadat ) disepertiga malam dan yang kelimanya, sentiasa bersama-sama di dalam majlis orang-orang yang soleh ”.

Sesungguhnya manusia diciptakan oleh Allah dengan sebaik-baik penciptaan. Bermulanya dengan setitik air yang hina sehinggalah bergelar seorang insan bernama manusia. Diberikan pula berbagai-bagai nikmat yang tak ternilai banyaknya tanpa mengira siapa kita. Namun, kita sering lalai dan lupa untuk mensyukuri di atas anugerah yang dikurniakan, bahkan kita masih lagi berlumba-lumba mengejar kemewahan yang bersifat sementara itu.

Nikmat yang paling berharga dikurniakan kepada manusia ialah nikmat hati, yang merupakan raja segala gerak-geri dan tingkah-laku yang dipertontonkan oleh manusia. Hati yang diciptakan Allah semulia-mulia kejadian, di situlah akal manusia, di situlah buruk, baik, sihat, lemah manusia, di situlah segala-galanya.

Benarlah apa yang diucapkan oleh Rasulullah SAW: “ Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging, jika sekiranya baik daging itu, maka baiklah seluruh diri manusia itu. Jika sekiranya buruk daging itu, maka buruklah seluruh diri manusia itu. Ketahuilah, bahawa ia adalah hati ”.

Hatilah punca segala-galanya. Jika tidak berpunca dari hati yang kotor, manusia tidak akan melakukan maksiat terhadap penciptanya. Namun, kita sentiasa tidak menghiraukan gelagat hati kita. Kita sering biarkan hati kita dikotori titik-titik hitam dan dihinggapi berbagai-bagai penyakit yang menjijikan. Lantas, hasilnya segala gerak-geri yang dipertontonkan melencong dari jalan yang dikehendaki Allah SWT.“

Al-Quran yang diturunkan kepada kita melalui insan agung SAW merupakan mukjizat yang tidak ada tolak bandingnya, bahkan ia juga sebagai ubat bagi mengubati hati yang berpenyakit. Dengan kita melazimi membacanya dan mentadabbur apa yang terkandung di dalamnya, akan memperolehi ketenangan hati yang akan menyebabkan hati sentiasa tidak lalai mengingati Allah SWT. Firman Allah SWT yang bermaksud: “ketahuilah, dengan mengingati Allah itu, hati akan tenang”.

Begitu juga dengan mengosongkan perut dari terlalu kenyang akan mengubati segala penyakit yang tersemat dihati kerana dengannya hati akan beroleh kerehatan dan meringankan untuk melakukan ibadat kepada Allah SWT serta menjauhkan dari segala penyakit yang memudaratkan. Rasulullah SAW pernah bersabda: “Barangsiapa yang sedikit makannya, sihatlah perutnya dan bersihlah hatinya. Barangsiapa yang banyak makannya, maka sakitlah perutnya dan keraslah hatinya”.

Sabda Rasulullah SAW lagi: “ janganlah kamu matikan hati kamu dengan membanyakan makan dan minum, sesungguhnya hati itu seumpama tumbuh-tumbuhan, jika banyak disirami air maka ia akan mati ”.

Seterusnya, diantara ubat bagi mengubati hati ialah dengan sentiasa bagun malam beribadat kepada Allah SWT kerana dengannya akan menjauhkan diri kita dari tipu daya syaitan dan menjauhkan dari melakukan dosa serta mendapat keredhoan dari Allah SWT. Rasulullah SAW sentiasa mengingati ummatnya: “ hendaklah kamu bangun malam ( beribadat ) walaupun hanya mengerjakan satu rakaat sembahyang ”.

Oleh itu, bagi memastikan hati kita dalam keadaan sentiasa bersih dari segala penyakit, hendaklah kita melazimi dengan membanyakan beribadat kepada Allah disepertiga malam kerana waktu itulah Allah SWT turun ke langit dunia bagi melihat siapa diantara hambanya yang berjaga malam, beribadat kepadanya.

Begitu juga, hati akan terubat dari segala penyakit dengan sentiasa bersama-sama di dalam majlis orang-orang yang soleh. Ini akan menyebabkan sedikit sebanyak akan terikut dengan tingkah laku, perbuatan dan percakapan mereka yang sentiasa mengingati Allah SWT. Sesungguhnya Rasulullah SAW pernah bersabda: “ Berkata Luqman Al-Hakim kepada anaknya, wahai anakku, sentiasalah kamu berada dalam majlis alim ulama ( orang-orang yang soleh ) dan dengarlah kata-kata hikmah dari mereka. Sesungguhnya Allah SWT akan menghidupkan hati yang mati dengan cahaya hikmah sebagaimana Allah menghidupkan bumi dengan siraman hujan yang lebat ”.

Berkata seorang hukama’ : “ Sesungguhnya Allah SWT mempunyai sebuah kebun di atas dunia ini, barangsiapa yang masuk ke dalamnya maka bahagialah hidupnya. Kemudian ditanya padanya: “apakah kebun itu?, lantas dijawab bahawa kebun itu adalah majlis-majlis ilmu ( mengingati Allah ).

Begitulah di antara penawar-penawar yang digariskan oleh ulama bagi mengubati hati-hati kita dari segala penyakit yang menyebabkan gerak geri yang dipertontonkan oleh kita melencong ke arah kemurkaan Allah SWT. Mudah - mudahan kita digolongkan dikalangan hamba-hambanya yang sentiasa dalam keadaan hati bersih dari segala penyakit-penyakit yang menyebabkan kita lalai mengingati Allah SWT.

Petikan Diambil Dari:

Mohd Haris b. Hairun Paezi

26 Jun 2008

Monday, January 16, 2012

Halwa Pagi



Manusia tidak boleh lari dari pelbagai kesalahan…Menceritakan keburukan orang lain sebelum menilai diri sendiri adalah seperti tidak mengenali diri sendiri..Susah untuk menghindarkan tabiat ini..sudah menjadi lumran manusia dari zaman dahulu hingga kini…susah untuk menghapuskannya..saya sendiri pun manusia biasa yang tidak dapat lari dari kesalahan ini..dan saya sendiri pun tidak pasti bagaimana cara untuk mengelaknya..orang kata bile orang nak cerita kita hanya perlu mengelak dan abaikan dan jika kita mendengar cuba menahan diri dari mencerita atau menyebarkan…tapi secara logiknya rata-rata manusia ni seperti rasa seronok dan teruja jika mendengar dan menceritakan tetang keburukan orang dari mendengar dan menceritakan tentang kebaikan orang..kita hanya lebih suka membangga-banggakan diri dari cuba membanggakan rakan dan masyarakat sekeliling walhal kita tahu kelebihan dan kebolehan setiap manusia disekeliling kita…menyampaikan sesuatu yang buruk itu lebih menyenangkan hati dari menyampaikan cerita yang baik atau berita yang baik…BOLEHKAH ANDA MEMBANTU SAYA MENYELESAIKAN MASALAH INI DAN SAMA2 KITA KONGSI PENDAPAT BAGAI MANA PERKARA SEPERTI INI DAPAT KITA SETIDAK2NYA KURANGKAN…BUKAN SAJA UNTUK SEMUA MALAH UNTUK DIRI SAYA SENDIRI…



Petikan-Petikan ini saya perolehi dari seorang sahabat dan mungkin memberi kita sedikit renungan....

1.”Dari Jabir bin Abdullah, katanya: Adalah kami bersama dengan Nabi, tiba-tiba datang suatu bau busuk. Maka Nabi bersabda: tahukan kamu ini bau apa? Inilah bau orang mengumpat orang-orang Islam” (Ahmad, sanad sahih)

Jelas menunjukkan betapa besarnya larangan MENGUMPAT keatas umat islam. Hinggakan di dalam hadis yang ketiga, telah membuktikan bahawa perbuatan mengumpat akan menyebabkan keluarnya bau busuk dari mulut orang-orang yang mengumpat dan dapat dihidu oleh orang yang lalu dikawasan 'pengumpatan' itu.

Mengapa kita tidak pernah lagi terhidu bau busuk seperti yang disebutkan oleh Nabi S.A.W itu pada masa ini? Para ulamak telah bersepakat mengatakan bahawa pada zaman ini, bau busuk tersebut telah terlalu banyak berleluasa diseluruh dunia, hinggakan kita semua telah immune terhadap bau tersebut (bermaksud terlalu banyak berlaku 'pengumpatan' diseluruh dunia, di setiap ketika.

Contohnya, jika kita masuk ke kebun getah dan tinggal di dalam kilang memproses getah, pada hari pertama kita disitu, mungkin kita akan terganggu dengan bau busuk dari kilang getah tersebut. Akan tetapi, setelah beberapa hari kita tinggal disitu, kita tidak lagi tercium bau tersebut walaupun hakikatnya bau tersebut masih ada. Ini adalah kerana sistem deria tubuh badan kita telah pun immune (kebal- alah bisa , tegal biasa ) dengan bau tersebut.






Tuesday, December 27, 2011

Yusry Dan Lisa Umum Kahwin

Yusry dan Lisa dah mengumumkan tarikh perkahwinan mereka pada 23 Februari 2012. Tarikh rasmi perkahwinan mereka ni diumumkan di Marriot Putrajaya Resort & Spa untuk majlis sidang media pengumuman khas Yusry KRU dan Lisa Surihani.Ramai pihak media yang telah datang untuk pengumuman tarikh pernikahan yang selama ni menjadi tanda tanya dan persoalan orang ramai.

http://i.imgur.com/UrC5s.jpg

Pada sidang itu, Yusry KRU dan Lisa Surihani akan bernikah pada 23 Februari 2012 dan akan menjalankan resepsi perkahwinan pada 26 Februari 2012. Majlis pernikahan Yusry KRU & Lisa Surihani akan berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya dan resepsi perkahwinan akan diadakan di Putrajaya International Convention Centre (PICC).

Apapun, Tahniah diucapkan kepada yusry dan lisa kerana mereka akan kahwin tidak lama lagi.

Thursday, November 24, 2011

Shooting 29 Februari Yang Sangat Menyeronokkan

Shooting 29 Februari yang berlokasi di Lebuh Pantai atau nama Popularnya Padang Kota....Sangat menyeronokkan!!!..Berpeluang juga bergambar dan beramah mesra dengan ramai orang terutaman sekali Edry..:)

So Mari!! Saya kongsi gambar-gambar saya untuk dikongsi dan kenangan saya..:)




Ini...sahaja yang dapat saya kongsikan...banyak lagi sebenarnya..
Byee!!!!

KRU studios menerusi filem epik, Hikayat Merong Mahawangsa berjaya menggondol tiga anugerah di Malam Anugerah Gemilang Cipta Festival Filem Malaysia (FFM24) yang telah pun berlangsung pada 16 November lepas di Panggung Aniversari


, Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur.

Daripada sepuluh kategori yang dipertandingkan, KRU Studios menguasai kategori Poster Terbaik, Kesan Visual Terbaik dan Lagu Tema Asal Terbaik m

enerusi lagu Sedetik Lebih nyanyian Anuar Zain.

Selain itu, pelakon filem Cun!, Nadiya Nisa terus mendapat pengiktirafan apabila merangkul Pelakon Harapan Wanita Terbaik selepas memenangi kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem di Anugerah Skrin 2011 menerusi

filem sama.

Malam kemuncak Festival Filem Malaysia (FFM24) dijangka akan berlangsung pada 20 November ini di Pusat Konvensyen Putrajaya.



Berikut adalah senarai penuh pemenang Anugerah Gemilang Cipta FFM24;


Poster Filem Terbaik - Hikayat Merong Mahawangsa (KRU Studios) Kesan Khas Visual Terbaik - Hikayat Merong Mahawangsa (KRU STUDIOS) Pelakon Kanak Kanak Terbaik - Mia Sara Nasuha - Sekali Lagi (Metrowealth Pictures) Pelakon Harapan Lelaki Terbaik - Taiyuddin Bakar - Hantu Bonceng (Excellent Pictures) Pelakon Harapan Wanita Terbaik - Nadiya Nisa - Cun! (Tayangan Unggul) Lagu Tema Asal terbaik - Edry Abdul Halim - Sedetik Lebih (KRU Studios) Pengarah Harapan - Jurey Latiff Rosli - Libas (MDAG Marketing) Filem Pendek terbaik - The Other One (Ng Ken Kin) Filem Animasi terbaik - Altitude Alto (Mushroom Head - Multimedia University) Filem Cereka Bukan Bahasa Melayu Terbaik - Great Day (Woohoo Pictures Sdn Bhd)